Nidzent Catering Services

Panduan menyewa khemah dan canopy

 

1. Saiz dan jenis

 

> Saiz khemah.

 

Terdapat beberapa saiz khemah yang ada dipasaran, tetapi saiz standard yang selalu digunakan adalah 20’ x 20’ atau 18’ x 18’. Walaubagaimanapun, kita boleh bertanya terus kepada pembekal khemah berkenaan saiz khemah yang bersesuaian dengan tempat dimana ianya akan dipasang.

 

> Jenis khemah.

 

- Type A - Fashion lama. Banyak digunakan di pusat-pusat mencuci kereta. Dinamakan type A kerana bentuk bumbungnya yang menyerupai bentuk huruf A. Khemah jenis ini adalah yang termurah dipasaran kerana bentuknya yang sudah ketinggalan zaman.

 

- Piramid – Mendapat nama dari bentuk bumbungnya yang berbentuk piramid. Khemah jenis ini selalu digunakan bagi majlis kenduri kahwin pada masa ini.

 

- Hi-Top – Menggunakan asas khemah piramid, tetapi mempunyai puncak yang lebih tinggi. Bagi kenduri yang mempunyai budget sederhana, khamah jenis Hi-Top hanya digunakan untuk khemah pengantin, sementara khemah jemputan, mereka akan menggunakan khemah jenis piramid.

 

2. Jumlah khemah yang diperlukan

 

> Secara asasnya, formula pengiraan unit khemah yang minimum untuk ditempah adalah mengikut jumlah jemputan yang kita   jangkakan dibahagi 4 jam waktu acara majlis berlangsung. Kita akan dapat jumlah purata jemputan dalam sejam.

> Jumlah purata ini kemudiannya dibahagi 2 (anggaran seorang akan makan selama 30 minit).

> Jumlah ini kemudiannya akan dibahagi dengan 40 (seunit khemah secara amnya boleh menempatkan 40 orang pada satu-satu masa).

> Kita akan mendapat anggaran minimum berapa biji khemah yang perlu digunakan untuk jemputan.

> Kemudian, kita perlu menambahkan 2 unit khemah lagi bagi menempatkan khemah pengantin dan khemah buffet.

> Selain itu, kita juga perlu mengambil kita khemah yang diperlukan untuk memasak (jika kita memasak sendiri untuk majlis itu nanti), menghidang (tidak kira samada kita memasak sendiri atau menggunakan perkhidmatan katering), dan lain-lain lagi hal yang dikira perlu untuk menggunakan khemah.

Contoh :

 

Jumlah anggaran jemputan = 1,000 orang

1,000 / 4 = 250 orang jemputan dalam sejam.

250 / 2 = 125 orang jemputan makan pada satu-satu masa.

125 / 40 = 3.125 @ 3 unit khemah minimum.

3 unit + 2 unit khemah untuk pengantin dan buffet = 5 unit khemah.

 

Nota :

 

Formula ini hanya digunapakai untuk menentukan jumlah unit khemah yang paling minimum yang perlu ditempah untuk sesuatu kenduri. Perlu diingatkan bahawa pada waktu puncak (dari pukul 1.00 tengahari – 2.00 petang) jumlah unit khemah ini tidak mencukupi untuk menampung jemputan yang majoritinya tertumpu pada waktu pengantin tiba bagi bersama-sama meraikan majlis, ditambah pula dengan rombongan pengantin yang juga hadir pada waktu yang sama.

 

Oleh kerana itu, saya mencadangkan agar sekurang-kurangnya 2 unit khemah lagi diperlukan untuk menampung jumlah jemputan yang akan hadir pada waktu puncak ini.

 

3. Berscalop atau tidak - jika berscalop, tentukan warnanya mengikut kesesuaian warna tema.

 

4. Kelambu atau penutup bumbung canvers. Adakah diperlukan untuk semua khemah, khemah pengantin sahaja, atau tak diperlukan
    langsung.

 

5. peralatan sampingan yang diperlukan seperti :


> meja bulat atau empat segi,


- meja bulat

- jejari 3’ untuk 6 orang

- jejari 4’ untuk 8 orang

- jejari 5’ untuk 10 orang

- jejari 6’ untuk 12 orang


- meja empat segi

- 3’ x 3’ untuk 4 orang

- 5’ x 3’ untuk 6 orang

 

> kerusi plastik atau banquet,

 

> sarung kerusi dan reben,

 

> alas meja mengikut kesesuaian warna tema,

 

> set meja buffet yang bersesuaian dengan warna tema,

 

> set meja pengantin, backdrop, susun aturnya serta bersesuaian dengan warna tema,

 

> lampu dan kipas,


                   > karpet merah.

 © Nidz Enterprise 2009

Make a Free Website with Yola.