Nidzent Catering Services

LATAR BELAKANG SYARIKAT


Nidz Enterprise adalah sebuah syarikat milik bumiputera sepenuhnya yang diasaskan pada tahun 1994 dalam bentuk perkongsian keluarga. Syarikat ini pada awalnya bermula dengan menyediakan perkhidmatan katering secara sambilan selama dua tahun, khususnya untuk majlis-majlis kenduri kahwin yang dilakukan pada hujung minggu, serta juga membekalkan makanan dan minuman untuk Mesyuarat Jawatankuasa Tetap Tanah Negeri Selangor (1994-1995), yang diadakan sebulan sekali. Syarikat ini kemudiannya menjalankan perniagaan secara sepenuh masa bermula dari 24/4/1996 sehingga ke hari ini.


            Sekarang, dengan mendukung motto “We Cater Your Needs Better”, Nidz Enterprise telah mengorak langkah dan beroperasi secara sepenuh masa selama lebih dari lima belas tahun dalam penyediaan perkhidmatan katering dengan memberikan perkhidmatan yang terbaik dan mencuba sedaya upaya bagi memuaskan citarasa pelanggan menerusi barisan pengurusan yang berdedikasi dan berkaliber serta memiliki kelayakan professional dalam industri penyediaan makanan. Ini diperkukuhkan lagi dengan barisan kakitangan yang mempunyai kemahiran dan kepakaran yang tingi serta terlatih dalam penyediaan makanan dan hidangan secara sistematik dan moden tanpa mengenepikan estetika sentuhan nilai tradisional yang mendapat olahan berasaskan nilai-nilai komersil selaras dengan perkembangan teknologi masa kini.


               Pihak syarikat juga amat menitik beratkan dan komited dalam memastikan kepuasan pelanggan tercapai melalui perkhidmatan yang cekap, mesra dan berdedikasi serta sentiasa memantau pembekalan makanan yang berkualiti pada harga yang amat berpatutan sejajar dengan trend pasaran masa kini.

 

© Nidz Enterprise 2011



PERKHIDMATAN


> Menyediakan perkhidmatan penyajian makanan untuk :

  • Mesyuarat Pejabat
  • Majlis Keraian Pejabat
  • Majlis Kesyukuran
  • Majlis Tahlil dan Doa Selamat
  • Majlis Rumah Terbuka
  • Majlis Perkahwinan

> Menyediakan perkhidmatan sampingan untuk menjayakan sesuatu majlis seperti :

  • Pelamin                     
  • Andaman                               
  • Bunga Telur
  • Kad Jemputan            
  • DJ / PA System                       
  • Kamera Video/Photo
  • Hiasan                       
  • Cenderahati Tetamu                
  • Pelbagai


> Menyediakan perkhidmatan penyewaan khemah, canopy, meja, kerusi dan peralatan.


© Nidz Enterprise 2011

Make a Free Website with Yola.